Goodness without wisdom always accomplishes evil


Assalammualaikum…

Hampir empat tahun saya tidak mengemaskini blog ini.  Menyendiri dan berusaha bagi mencari kembali kebenaran diri dan kehidupan hari ini. Muslim Village? Permodenan? Agama? Dan segala realiti kehidupan hari ini. Apakah matlamat tujuan hidup kita pada hari ini.

Suatu yang agak pasti ialah kita berada pada penghujung ujian bagi kehidupan manusia. Semuanya ini bermula dengan munculnya tanda-tanda kiamat melebihi 1,400 tahun dahulu.

Tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. (47.18)

Pada hari ini pula kita telah mencapai peringkat kehancuran dan penyeksaan seluruh umat manusia, sebagai satu kemungkinan berlakunya kiamat.

Tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab. (17.58)

Satu proses yang mengambil masa melebihi 1,400 tahun untuk dilaksanakan secara sempurna. Ini kerana segala kehancuran dan azab seksaan manusia itu adalah daripada hasil tangan manusia sendiri. Allah tidak menzalimi walau sebesar zarah.

Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (3.117)

Segalanya adalah daripada proses Sunnatullah, “causation, cause and effect.” Sekali lagi, Allah tidak menzalimi walau sebesar zarah.

Rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. Maka tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ”Sunnatullah”, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ”Sunnatullah” itu. (35.43)

Oleh itu pada peringkat ini, Muslim Village sahaja tidak mencukupi untuk menyelamatkan diri daripada azab dunia dan akhirat. Pada peringkat ini memerlukan hikmah, dan Muslim Village terutama adalah “hati” dan “jemaah yang benar iktikadnya”.

Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri (hati) mereka sendiri. (13.11)

Cukuplah dahulu setakat ini, moga bersambung lagi nanti.

One thought on “Goodness without wisdom always accomplishes evil”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s