Hutang Yang Dituntut


Demi Masa” …. setiap saat Allah SWT akan menuntut hutang kita kepadaNya, dan dengan bekalan modal yang sama, hanya terdapat tiga kemungkinan nasib setiap manusia apabila kita menemui ajal nanti:

(a) Kembali dalam keadaan untung
(b) Kembali dalam keadaan 0-0
(c) Kembali dalam keadaan bankrup

Persoalannya sejauh manakah kita boleh merasa selesa dan beranggapan kita telah berada di dalam kategori yang terselamat?

Kini dan sekadar renungan mudah bagi membuka minda dan muhasabah diri …. kita beri perhatian ke atas tuntutan Allah SWT ke atas hutang kita yang paling asas, iaitu bacaan di dalam Solat Fardhu …

Mari kita permudahkan lagi dan sekadar membuat kiraan ke atas bacaan Al-Fatihah semata-mata, dan meninggalkan kiraan bagi bacaan-bacaan selainnya di dalam solat fardhu dan ketika berwudhu, bacaan di dalam solat sunat muakkad, dan zikir-zikir penting…

Persoalannya ialah adakah pada masa ini kita ini masih …

Berhutang?
0-0?
Membuat keuntungan?

Mari kita mulakan kiraan…

Solat Subuh : 2 kali bacaan Al-Fatihah
Solat Dzuhur : 4 kali bacaan Al-Fatihah
Solat Asar : 4 kali bacaan Al-Fatihah
Solat Maghrib: 3 kali bacaan Al-Fatihah
Solat Isyak : 4 kali bacaan Al-Fatihah

Oleh itu, jumlah hutang bagi bacaan Al-Fatihah:

Sehari: 17 kali
Setahun: 6,205 kali

Andaikata seseorang itu baligh pada umur 13 tahun dan tidak pernah bersolat sehinggalah beliau bertaubat pada umur 43 tahun … Berapakah jumlah hutang bagi bacaan Al-Fatihah kepada Allah swt?

43 tahun – 13 tahun = 30 tahun
30 tahun x 6,205 bacaan Al-Fatihah setahun = 186,150 kali

Berdasarkan kiraan mudah di atas dan ketika beliau berumur 43 tahun, beliau masih berhutang 186,150 kali bacaan Al-Fatihah kepada Allah SWT … Kesimpulan yang dapat dibuat ialah beliau berada di dalam kategori (c) jika tidak dapat melangsaikan hutang tersebut sebelum menemui ajal, iaitu kembali di dalam keadaan bankrup

Perlu diingat kembali bahawa kiraan ini sekadar ke atas bacaan Al-Fatihah semata-mata, dan belum mengambil kiraan bacaan selainnya. Kini kita tambah lagi dengan kiraan ke atas bacaan Takbiratul Ihram (1 rakaat, 7 x bacaan):

Solat Subuh : 14 kali
Solat Dzuhur : 28 kali
Solat Asar : 28 kali
Solat Maghrib: 21 kali
Solat Isyak : 28 kali

Oleh itu, jumlah hutang bagi bacaan Takbiratul Ihram:

Sehari: 119 kali
Setahun: 43,435 kali

Berdasarkan jumlah di atas dan jika kita kembali kepada contoh asal di atas:

30 tahun x 43,435 bacaan Takbiratul Ihram setahun = 1,303,050 kali

Berdasarkan kiraan mudah di atas dan ketika beliau berumur 43 tahun, beliau masih berhutang 1,303,050 kali bacaan Takbiratul Ihram kepada Allah SWT …. Jika beliau gagal membayar hutang ini, kesimpulan mudah yang dapat dibuat ialah beliau kembali di dalam keadaan bankrup

Kini kita persoalkan diri kita kembali …. adakah pada masa ini kita ini masih, berhutang? 0-0? atau membuat keuntungan?

Bagaimana jika kita tambah dengan bacaan-bacaan selainnya? Bacaan Bismillah? Bacaan ketika wudhuk? Rukuk? Sujud? Istighfar? Zikir dan seperti bacaan zikir 33x selepas solat? Dan sebagainya….

Bagaimana pula jika kita tambah lagi dengan hutang di dalam kategori Puasa dan Zakat?

Adakah kita telah bersedia, atau masih berhutang?

Fikir-fikirkan dan renungi hutang kita dengan Allah SWT sebelum terlambat….

Demi Masa”, dan setiap saat itu akan dituntut ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s