Tunjukilah kami jalan yang lurus


(Ihdina s-sirâta l-mustaqîm)

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Al-Fatihah:6

Pasti ramai yang biasa membaca “sirâta l-mustaqîm” pada Surah Al-Fatihah. Perkataan “sirâta l-mustaqîm” itu sendiri sudah memberikan persamaan sebutan dengan  Titian Siratal Mustaqim di Hari Akhirat, iaitu titian sehalus rambut dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang. Ianya jambatan atau titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.

Namun itu apakah pengajarannya dengan kehidupan kita? Jika difikirkan kembali, perjuangan semasa hidup untuk kita berada pada jalan yang benar-benar lurus tiada bezanya dengan perjalanan melalui Titian Siratal Mustaqim di Hari Akhirat.

Hari ini kita dibelenggu dengan masalah ulama hipokrit, riba, pengaruh media massa, sekularisma, makanan beracun dan pelbagai cabaran yang tidak mampu dihadapi manusia. Boleh kita katakan perjuangan orang beriman untuk berada di jalan yang lurus teguh mengikut Al-Quran dan Hadis seumpama meniti rambut dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang.

Siapakah yang mampu menitinya?

“…Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)

Secara logik akal, pasti tiada siapa yang berupaya meniti laluan seumpama ini. Tetapi bagi orang yang “beriman” dan “beramal soleh“, serta mereka yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis, Allah swt akan membawa mereka ke jalan yang lurus dan mereka akan terselamat:

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (sirâta l-mustaqîm) yang membawa kepadaNya; (4:175)

Hanya rahmat Allah swt yang dapat menyelamatkan manusia untuk meniti jalan sirâta l-mustaqîm dan membawa dirinya kepada Allah swt.

Namun itu, apakah hakikat sebenarnya? Adakah ramai yang terselamat? Hakikatnya, amatlah sedikit yang terselamat kerana banyak yang tidak mahu beriman dan beramal soleh serta berpegang teguh kepada Al-Quran.

“…(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya… Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan…” (7:2-3)

Inilah hakikat sebenarnya, dan jika difikirkan kembali apabila Al-Quran mengatakan “…amatlah sedikit kamu mengambil peringatan…”, bukankah lebih munasabah untuk kita bersetuju “…amatlah sedikit…” yang akan ke syurga?

Jika difikirkan kembali apabila Al-Quran mengatakan “…amatlah sedikit kamu mengambil peringatan…”, bukankah lebih munasabah untuk bersetuju “…amatlah sedikit…” yang berada pada jalan yang lurus?

Fikirkan kembali, jika amatlah sedikit yang benar, bagaimana munasabah pendapat majoriti orang Islam hari ini berupaya menjadi benar dan pada masa yang sama tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis?

Jika pendapat mereka benar, kenapa Islam semakin hancur dan terpencil? Corak kehidupan yang jauh berbeza dengan corak kehidupan sebenar Rasulullah saw dan para sahabat? Apakah dan siapakah yang anda lebih percaya?

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Oleh itu pada masa yang sangat kritikal ini, marilah kita bersama memulakan perjuangan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis.  Sudah semestinya perjuangan ini tidak mudah, dan kemampuan orang beriman untuk berada pada jalan yang lurus semasa hidup ini adalah petunjuk atau gambaran keupayaan mereka untuk melepasi  Titian “Siratal Mustaqim” di Hari Akhirat.

Maka itu perjalanan yang sukar in perlu terlebih dahulu kita lalui dengan berlatih menekan nafsu kita, bermula dengan nafsu makan dan nafsu tidur, sepertimana juga yang dilalui Rasulullah saw dan para sahabat. Di samping itu marilah memperbanyakkan ibadah dan zikir agar dapat mengetuk karat-karat di hati dan mengeluarkan kita daripada menjadi golongan yang  “pekak, bisu dan buta” (2:18). Marilah berusaha mendengar, melihat dan berbicara kepada diri kita sendiri agar berupaya menemui dan menempuhi jalan  sirâta l-mustaqîm.

“…Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu  tidak mahu beringat dan insaf? …”; (45:23)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s