Bilakah Peperangan dari Allah dan RasulNya?


Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya; (2:279)

Firman Allah swt di atas berkaitan “peperangan ke atas puak yang mengamalkan riba“. Ianya adalah ayat terakhir yang diturunkan sebelum kewafatan Rasulullah saw.

Persoalan penting di sini ialah bilakah berlakunya peperangan tersebut? Di zaman Rasulullah saw, di akhirat, atau peperangan yang akan berlaku di dunia?

Saya sekadar memberikan buah pandangan dan percaya bahawa peperangan tersebut merujuk kepada peperangan ke atas puak riba yang akan dilaksanakan oleh Nabi Isa as dan Imam Mahdi.

Alasan pertama ialah ayat tersebut diturunkan di akhir hayat Rasulullah saw, dan tiada sebarang peperangan ke atas puak riba setelah penurunan ayat tersebut.

Alasan kedua ialah Allah swt berfirman “akan adanya peperangan” dan ini membuktikan peperangan akan berlaku pada masa hadapan, iaitu samada merujuk peperangan di dunia selepas kewafatan Rasulullah saw, atau pun di Hari Akhirat.

Alasan ketiga ialah siapakah yang berani berperang dengan Allah swt dan Rasulullah saw di Hari Akhirat? Kenapa pula mesti ada peperangan di Hari Akhirat? Kenapa pula Allah swt dan Rasulullah saw hendak memerangi puak riba di Hari Akhirat sedangkan puak-puak riba ini sedang menjalani seksaan yang teruk? Hari Akhirat ialah hari untuk kita menerima pembalasan dan bukannya bertujuan untuk berperang dengan Allah swt dan Rasulullah saw. Oleh itu adalah agak tidak munasabah untuk memahami ayat tersebut merujuk kepada peperangan di Hari Akhirat.

Alasan keempat ialah Allah swt tidak merujuk kepada peperangan oleh Rasulullah saw, tetapi merujuk kepada “RasulNya“. Terdapat 25 orang Rasul Allah swt dan siapakah yang masih hidup hingga ke hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Isa as. Oleh itu perkataan “RasulNya” lebih tepat merujuk kepada Nabi Isa as, dan beliau juga satu-satunya nabi yang memerangi riba pada zaman kehidupannya.

Oleh itu dan berdasarkan fakta-fakta ini, saya percaya ayat 279 di atas merujuk peperangan memerangi puak-puak yang mengamalkan riba oleh Nabi Isa as dan Imam Mahdi. Ianya pengistiharan peperangan ke atas sistem perbankan dan sistem-sistem lainnya, yang mana akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada hari ini Allah swt mendedahkan segala rahsia sistem perbankan kepada semua dan agar kita memperolehi kesedaran dan segera bertaubat sebelum peperangan benar-benar bermula. Ianya supaya kita dapat kembali ke jalan yang benar sebelum peperangan bermula dan pintu taubat ditutup. Ianya supaya kita tidak dianiaya dan diadili secara adil di Hari Kiamat. Mereka yang yang bertaubat mengikut syarat ayat 279 akan selamat.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Countries on the verge of bankruptcy

Pada hari ini juga kita menyaksikan kebankrupan negara-negara dan termasuk negara Dubai. Pada hari ini kita menyaksikan dunia akan bukan sekadar menghadapai “economic depression“, tetapi menghadapi “economic collapse“, dan yang mana dijangka berlaku selama 15 tahun lamanya.

Jika Amerika akan jatuh, mereka tidak jatuh berseorangan dan malahan mengistiharkan “financial war” ke atas semua negara lain. Kita akan menyaksikan “hyperinflation” dan “global economic collapse” yang paling terbesar pernah berlaku.

Kita turut sama menyaksikan revolusi-revolusi yang berlaku di beberapa negara, dan kebangkitan negara-negara lain apabila tiada lagi “polis dunia” untuk campur tangan. Kita akan menyaksikan penderitaan di seluruh dunia dan sememangnya ini sudah dijangkakan sebelum turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa as.

Akhir sekali kita akan menyaksikan peperangan memerangi puak-puak riba dan sistem perbankan serta lainnya. Oleh itu bertaubatlah sebelum masanya tiba, dan sebelum pintu taubat itu ditutup. Berusahalah untuk mengeluarkan diri anda daripada tergolong dalam puak riba atau puak yang bakal diperangi oleh Allah swt dan RasulNya.

Namun itu, blog ini sekadar buah pandangan dan bertujuan perbincangan semata-mata. Saya berharap pihak pembaca dapat mengutarakan kepada ulama yang berpengalaman dan mendapatkan penjelasan khusus. Saya juga akan mengutarakan kepada mana-mana ulama lain untuk mendapatkan penjelasan yang lengkap.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

Lain-lain Video

What is hyperinflation?
http://inflation.us/videos.html













One thought on “Bilakah Peperangan dari Allah dan RasulNya?”

  1. Apabila Allah swt mengistiharkan peperangan, maka alam dan seluruh makhluk akan berserta Allah swt mengistiharkan peperangan… Kita akan melihat banyak bencana, gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, kemarau dan segalanya…

    Mungkin inikah yang berkait dengan 2012, tanda pengistiharan perang oleh Allah dan RasulNya? Wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s