Kunci kusyuk bersolat


Seringkali kita terbaca rahsia-rahsia kusyuk bersolat, yang mana di antaranya memahami bacaan dalam solat dan menghayatinya, menunjukkan sikap tunduk dan merendah diri, menjaga makan minum, membanyakkan sedekah, jangan menahan qada hajat, menyempurnakan wudhu, membaca doa ketika berwudhu, memakai pakaian bersih dan haruman, solat diawal waktu, tiada objek dihadapan tempat solat, mengingati mati, menyemai rasa takut dan redah diri, memulakan dengan membaca surah an-Nas, selawat ke atas nabi , istighfar dan bacaan menjauhi gangguan syaitan, dan… dan… dan… satu senarai yang tidak kehabisan.

Namun itu, kenapa ramai yang telah melakukan kesemua kaedah di atas tetapi masih juga tidak mendapat kekusyukan dalam bersolat? Kenapa?

Oleh itu terlebih dahulu saya ingin mengatakan artikel ini sekadar berkongsi pendapat peribadi mengapa kita tidak mendapat kekusyukan di dalam bersolat, dan walaupun setelah kita mencuba pelbagai kaedah di atas. Pendapat ini sekadar pemahaman peribadi saya setelah membaca dan memahami intipati Al-Quran. Sekira ianya salah, ianya adalah daripada kesilapan saya sendiri dan mohon diperbetulkan. Kini saya mulakan dengan ayat 45 di dalam Surah Al-Baqarah:

Maksudnya: …dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; Al-Baqarah: 45

Persoalan utama daripada ayat di atas ialah “kusyuk”. Solat menjadi sangat berat kepada mereka yang tidak kusyuk, dan menjadi sangat mudah bagi yang kusyuk. Mereka ini dapat merasakan kemanisan bersolat.

Persoalan selanjutnya ialah bagaimana mendapat kekusyukan dalam bersolat? Sekiranya kita mengkaji dan membaca buku terdapat di pasaran atau mendengar ceramah, seringkali kita akan mendapat jawapan seperti perenggan pertama di atas. Seringkali juga kita melakukan semua di atas tetapi merasakan solat itu lebih membebankan dan semakin tidak kusyuk dalam bersolat. Kenapa ini boleh terjadi?

Sekadar pendapat peribadi, saya merasakan ramai yang memberikan pendapat mungkin masih tidak memahami intipati utama daripada perintah bersolat. Sesuatu yang perlu kita sedari ialah segala kaedah-kaedah yang disarankan hanyalah melibatkan perkara berkaitan “mekanisma” mencapai solat yang kusyuk, tetapi bukanlah “objektif” (niat) yang boleh membuatkan solat itu kusyuk.

Di sini terdapat perbezaan “mekanisma” dan “objektif”. Saya tidak akan menyentuh persoalan mekanisma kerana anda pasti boleh menemuinya di mana-mana sahaja. Persoalan mekanisma adalah berkait rapat dengan amalan luaran, manakala persoalan objektif adalah berkait rapat dengan persoalan “niat” atau “matlamat utama” melakukan solat.

Kini mari kita mulakan pemahaman dengan cuba mempersoalkan kepada diri anda kenapakah bersolat? Apakah perspektif atau “niat” anda ketika memulakan solat?

Pasti ramai menjawab saya bersolat “kerana Allah SWT”. Saya bersolat kerana ianya adalah “perintah Allah SWT”. Saya bersolat kerana hendak “melaksanakan kewajipan“. Dalam kata lain, saya laksanakan sesuatu yang membebankan kerana bebanan yang lainnya.

Oleh itu saya berpendapat “niat beribadah” di atas adalah tidak tepat. Oleh kerana “niat beribadah” menjadi tidak tepat, maka solat itu menjadi sangatlah berat dan tiada kekusyukan di dalam bersolat. Ini kerana anda melakukan solat kerana hendak melaksanakan perintah/kewajipan. Ini ditambah pula dengan bebanan daripada melakukan kaedah-kaedah disarankan (persoalan mekanisma). Hasil akhir ialah anda akan merasakan solat menjadi lebih membebankan dan sangat berat. Anda akan sentiasa tidak menemui kekusyukan dalam bersolat. Fikiran anda melayang-layang bagi mengurangkan bebanan yang sedang anda rasakan.

Kini, apakah niat atau perspektif yang betul bagi mendapatkan kekusyukan di dalam bersolat?

Bagi mendapatkan jawapannya, anda perlu membaca dan memahami Al-Quran serta bertanya kepada diri anda kenapakah Allah SWT memerintahkan anda melakukan ini dan itu? Anda kemudiannya perlu membuat kesimpulan atau initipati utama daripada perintah-perintah Allah SWT. Apakah kesimpulan dari segala perintah Allah SWT? Apakah intipati utama perintah Allah SWT?

Jawapannya ialah anda perlu melakukan solat sebagai tanda “bersyukur” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “berterima kasih” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “memuji-muji” Allah SWT”. Inilah intipati utama perintah bersolat, iaitu bersyukur dan memuji Allah SWT. Ianya berulang-ulang kali dinyatakan di dalam Al-Quran tetapi ramai juga yang masih tidak memahami intipati sebenar perintah-perintah Allah SWT dan melakukannya secara membuta-tuli.

Sekarang ini, cuba anda ubah perspektif (niat) anda apabila mula mengambil wudhu dan bersolat (atau dalam apa-apa ibadah). Cuba anda ubah perspektif anda daripada melakukan solat “kerana hendak melaksanakan kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT” dan bagi segala nikmat yang diperolehi antara jarak setiap solat. Cuba anda bayangkan sendiri bagaimanakah rupanya solat yang berupaya membuktikan anda “bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”? Apakah nikmat yang akan anda ingatkan kembali semasa solat anda bagi membuktikan solat “kerana anda hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”?

Saya sepenuhnya percaya anda akan merasakan kemanisan dan kekusyukan bersolat jika anda mengubah perspektif (niat) solat anda daripada “kerana hendak melaksanakan kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”. Anda akan mengingati kembali segala nikmat yang diperolehi antara jarak setiap solat dan menjadi lebih gembira serta berfikiran positif. Anda akan merasakan ibadah yang anda lakukan sentiasa tidak mencukupi untuk membuktikan perasaan syukur anda kepada Allah SWT. Anda akan merasa dahagakan bersolat dan tiada bebanan dalam bersolat. Anda juga secara langsung akan melakukan kesemua kaedah-kaedah (mekanisma) solat kerana hendak membuktikan solat yang berupaya menunjukkan kesyukuran anda kepada Allah SWT (iaitu menuju kepada solat yang mencegah keji dan munkar).

Kini apakah kesan daripada tindakan memperbetulkan perspektif atau niat anda? Kesannya ialah anda menjadi lebih gembira dan berfikiran positif kerana anda mengenang setiap nikmat yang telah dikurniakan kepada anda. Anda mengenangkan apa yang anda perolehi daripada kehidupan, dan bukan kekurangan diri anda. Keluarga, teman dan rakan sekerja atau majikan anda menjadi lebih gembira bersama anda kerana anda seorang yang bersyukur dan menghargai mereka. Anda akan menjaga kesihatan anda kerana bersyukur dengan nikmat tubuh dan anggota badan yang dikurniakan Allah SWT. Anda akan menggunakan rezeki anda dengan lebih baik dan tidak membazir kerana anda seorang yang bersyukur. Anda akan menjauhi segala dosa dan kemungkaran kerana mensyukuri kehidupan anda dan melindunginya daripada kerosakan.

Kesemuanya akan membuatkan anda lebih gembira dan membentuk energi tubuh yang mengeluarkan getaran energi positif serta menarik energi-energi positif lain ke dalam kehidupan anda. Urusan pekerjaan anda menjadi mudah, rezeki anda semakin bertambah, kehidupan diri dan keluarga menjadi lebih gembira dan sebagainya. Semuanya kerana anda bersyukur kepada Allah SWT dan inilah intipati utama daripada segala perintah-perintah Allah SWT. Iaitu agar hambaNya bersyukur ke atas segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada anda. Selamat mencuba! Wassalam.

6 thoughts on “Kunci kusyuk bersolat”

  1. ..dan sbb tu solat sunat hajat + sujud syukur lebih ‘bersungguh’dan kusyuk compare ngn solat2 yg lain..:)

  2. Ada logiknya…buat saya tersenyum…sekArang solat akan jadi lebih ringan…terima kasih..nasihat saudara sangat berguna untuk mengkhusyukkan solat.. wslm.

  3. kaedah lain yg saya ada amalkan dan agak efektif ialah membaca keseluruhan bacaan rakaat solat dengan satu nafas, kuncinya… jaga pernafasan, atau mungkin dengan kata lain…. baca secara tartil dan betul….

  4. Ikhlas itu tidak lemah, ikhlas itu tegas, ikhlas itu bukan disebabkan oleh tak ada problema, ikhlas itu bukan karena kesulitannya kecil, orang yang hebat itu meng-ikhlas-kan diri diatas masalah2 yang besar.
    Terimakasih telah berbagi pemikiran di tulisan ini, sehingga saya merasa mendapatkan wawasan baru.

  5. mohon copy ke blog saya.. semoga dapat memanfaatkan info ini bersama dengan orang lain.. jazakallahu khair🙂

  6. ***************************************************************************
    Salam, kusyuk solat ini bermula dari luar sembahyang. Ini kata Imam Al Ghazali rah. Apa yang kita buat sebelum menghadap Allah itulah yang perlu dibetulkan. Bukan dah nak masuk waktu baru nak betulkan diri kita.

    Sudahkah kita mengenali Allah dengan sebenar penghayatan?
    Sudahkah kita mengenali Rsaw dengan sebenar2 rindu?
    Sudahkah kita menunaikan kewajiban kita sesuai dengan peranan kita sebagai anak, pelajar, suami, ayah, dsbnya.?
    Sudahkah kita bersihkan diri daripada riba?
    Apakah kita pasti makanan yang kita makan saban hari adalah dibuat oleh orang2 mukmin? Kalau sekadar Islam pun tidak mencukupi.
    Sudahkah kita membersihkan diri daripada 16 sifat keji dan menyuburkan 16 sifat terpuji dalam diri?
    Sudah berapa banyak tenaga, masa dan wang dikorbankan untuk jalan Allah?
    Sudahkah kita bertaubat daripada dosa2 kita kpd Allah dan manusia?

    Itulah antara persoalan yang perlukan jawapan dan dengan melaksanakan kesemua di atas. InsyaAllah rasa khusyuk akan DIBERI oleh Tuhan kita sendiri. Rasa2 ini tidak boleh difikirkan oleh akal kita sendiri. Eloklah guna panduan yang diberi oleh RSAW sendiri kepada Imam mujtahid, mujaddid di zaman mereka.

    Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s