Penjajahan Populasi


Teringat pada awal tahun ini bagaimana saya bertegang leher dengan pihak hospital apabila bertegas melarang mereka menyuntik vaksinasi ke tubuh bayi saya, no way! Pihak hospital ni tak faham bahasa dan tetap bertegas nak suntik, dan akhirnya saya mengarahkan peguam menyerahkan notis untuk memfailkan saman ke atas pihak hospital sekiranya mereka menyuntik anak saya dengan vaksinasi. Alhamdulillah, akhirnya mereka tidak menyuntik anak saya, tetapi bermasam muka sehinggalah isteri saya dikeluarkan daripada wad.

Kelahiran yang sebelumnya juga menghadapi masalah sama, dan terlepas dengan dua suntikan. Perbezaannya? Anak saya yang tidak disuntik tidak mendapat sebarang penyakit sepanjang 10 bulan ini, kecuali demam sekali tetapi pulih sendiri dalam masa yang singkat. Makan lalu, badan… masyaallah, bertubuh! Otak lebih cerdas! Yang sebelumnya selalu demam dan selsema.. dan kerap ke klinik. Sebelum disuntik badan sihat tetapi selepasnya badan susut dan semenjak itu seringkali demam. Makan juga agak sukar…

Gambar Tongkat dan Ular Tukang Sihir (Kisah Firaun dan Nabi Musa a.s.)

Sekarang ni kebiasaannya kedua-dua anak saya dirawat ke klinik homopati, dan doktor disitu juga menyokong untuk mengeluarkan surat pengecualian (surat imuniti) apabila memasuki sekolah nanti. So, tak perlu lagi nak suntik dengan kaedah bomoh yahudi (sama seperti perubatah kaedah sihir yang menggunakan najis babi, darah, nanah dan sebagainya sebagai bahan perubatan); Rujuk post sebelum ini, Say no to Genetically Engineered Food

Selain daripada masalah suntikan ini, saranan lain ialah pil perancang… Memang saya dan isteri tiada minat mengambil pil perancang. Sekiranya dapat anak, rezekilah tu! Tapi bila fikir balik bab pil perancang niee… kenapa ler pihak hospital sibuk-sibuk dengan hal ekonomi rumah tangga orang? Cuba saudara buat research dan kaji sendiri peranan Rockefeller Foundation and World Health Organization (WHO).. macam-macam strategi untuk menghancurkan rakyat dunia.

“…The global elite has launched a world-wide operation against an unaware population to reduce and control fertility. Vaccines and even staple food crops have been modified to achieve these goals…”; Vaccinate the World: Gates, Rockefeller Seek Global Population Reduction, and Rockefeller Foundation Developed Vaccines For “Mass-Scale” Fertility Reduction

Mereka ini sebenarnya memang beriman dengan Al-Quran, tetapi tetap nak menentang… Dalam masa mereka ini membuat macam-macam perancangan, Allah SWT membanjiri dunia dengan populasi orang-orang Islam yang akan menguasai dunia. Banyak negara kafir yang akan dikuasai Islam tanpa senjata, tetapi melalui Penjajahan Populasi. Namun itu mereka ini tetap berdakwah untuk menghancurkan populasi orang Islam.

Ini adalah satu video dakwah orang kafir untuk menghancurkan populasi orang Islam. Menarik..🙂 Mereka ini dah sangat panik dengan populasi orang Islam kerana Islam dijangka menguasai dunia dalam 10-30 tahun akan datang apabila masyarakat Islam membanjiri diseluruh pelusuk dunia.

3 thoughts on “Penjajahan Populasi”

  1. salam, rasanya ada lebih 10 vaksin perlu dicucuk ke badan baby selepas dilahirkan. boleh tak kongsi vaksin yang mansa satu perlu elak di ambil ?

  2. Assalam tuan Ed…,terimakasih atas ilmu yang membuka pandangan mata yang tertipi sejak sekian lama..bagaimana saya boleh berhubung dengan tuan?website ini tiada update terkini ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s