First Draft


Jam 4:16 pagi dan sambil mendengar bacaan Al-Quran, tersedar berkali-kali Allah memperingatkan supaya percaya bulat-bulat kepada Al-Quran.. Tiada syak dan keraguan di dalam Al-Quran ini. Pasti mudah mengakui telah percaya bulat-bulat, tetapi secara jujur dan hakikatnya adakah pengakuan diri selaras dengan perbuatan/amalan harian? Kantoi sendiri, sedih betul.

Cuba kita fikirkan kembali… Allah berkali-kali berfirman Al-Quran sebagai ukuran menentukan kebenaran, iaitu hak mutlak Allah SWT membezakan yang benar dan batil (Al-Furqan), tetapi kenapa undang-undang Inggeris menentukan kebenaran? Dalam situasi ni siapakah yang lebih berkuasa? Lebih parah, rata-rata menerima undang-undang Inggeris setaraf dengan “Agama“, patuh 100% dan tidak boleh dipertikaikan langsung serta mutlak! Inilah agama baru (undang-undang) yang dicipta bagi menjatuhkan undang-undang Allah SWT.

Surah Al-Kafirun menyatakan tiada harmoni dalam ibadah (hablum minallah dan hablum minannas) tetapi kenapa Muslim hari ini tanpa segan silu bersama-sama merayakan setiap perayaan (ibadah orang kafir)? Turut bersama ibadah dengan agama lain… Cara kehidupan?

Bagaimana pula dengan riba wang kertas? Ini jelas sangat sampai World Conference on Riba baru-baru ini dah tukar konsep Bank Islam kepada nama Bank Hybrid pula! Banyak sungguh takwil-takwilnya… Teruskanlah usaha mentakwil untuk membolehkan perkara yang dilarang… Yang pastinya, perkara yang tak benar akan sentiasa berubah-ubah serta tidak tetap hukumnya, manakala kebenaran itu tidak berubah-ubah dan tetap… Ikutlah siapa yang percaya dan suka…🙂

Tetapi yang lebih parah, riba daripada setiap butiran nasi dan lauk-pauk yang kita makan setiap hari melalui pembelian secara memeras keringat petani dan nelayan (harga kawalan/paksa)… Kita sanggup melihat petani hidup susah dan memaksa mereka menjual dengan harga yang rendah (melalui proses pilihanraya) agar kita mempunyai lebihan wang untuk berbelanja membeli barang-barang mewah dan memuaskan nafsu sendiri. Ini juga riba… riba kerana harga kawalan/paksaan, dan tidak berdasarkan free market.

Berat sungguh ujian hari ini… (“…Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji?…” (29-2)) … dan teringat pula kepada terjemahan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, SERTA DIGONCANGKAN, SEHINGGA berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat; [214]

Itu dia, “serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” … ujian sehingga Rasul dan orang-orang beriman pun bergoncang iman, inikan kita… tak munasabah ler ujian setakat nak bela anak bini sampai akhir hayat… tak munasabah ler ujian setakat nak cari pekerjaan atau lepas peperiksaan universiti… tak munasabah ler ujian setakat nak pastikan hari tua ada simpanan atau pencen… Tetapi hakikat hari ini siapa yang hendak mengikut sunnah adalah tidak munasabah! Adakah Islam sudah tinggal namanya dan menjadi terpencil? Adakah Al-Quran sudah hilang daripada ummah hari ini?;

Maka itu kena kuatkan rohani dan fikirkan jalan keluar segera kerana banyak sungguh ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan masuk secara “KEKAL” ke dalam neraka. Garisan samada memperhambakan diri kepada Allah atau tergolong dalam golongan bukan Islam (”…Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang (insan) mempunyai dua buah hati dalam rongga dadanya (tubuhnya)…”; al-Ahzaab:4).

Dulu selalu risau takut anak bini meninggal dunia dengan ancaman bahaya tinggal dalam hutan, hasil daripada bisikan syaitan, kena brainwash semenjak lahir, dan tidak beriman dengan Allah SWT sebagai Maha Pelindung… tetapi fikir-fikir balik… biarlah kalau ajal dah sampai… kalau meninggal dunia pun kembali kepada Allah SWT juga, bukannya sampai kat the so-called tuhan berhala yang tak boleh buat apa-apa. So, apa nak jadi, jadilah…. Bini pun dah fed-up dengan sistem permainan dunia dan bagi green light. Daripada masuk “KEKAL”, untung-untung kut-kut diberi simpati  dan terlepas siksaan setelah beribu tahun kena siksa… Tiada apa yang nak dirugikan.

Yang pastinya semakin dengar dan fahami Al-Quran, semakin tak sanggup lagi nak biarkan masa berlalu sehingga tamat waktunya… Jadi fikir punya fikir.. adalah juga usaha sikit-sikit deraf perlembagaan bagi menubuhkan pertubuhan. Keseluruhan perancangan ialah tubuhkan pertubuhan, kumpulkan dana, beli tanah dan bina penempatan/perkampungan, naikkan institusi masjid, pendidikan, ekonomi, perlaksanaan bidangkuasa Mahkamah Penghulu, dan menghalusi amalan-amalan utama…. Cara pertubuhan mungkin boleh memudahkan untuk fokus kepada amalan intipati utama/nyata (ayat-ayat Muhkamaat) Al-Quran dan Sunnah, iaitu melalui penapisan atau kategori keahlian. Amalan lain buat sendiri-sendirilah.

Formula membina tamadun Islam memang terkandung di dalam Al-Quran.. bermula dengan pemahaman Al-Quran, memperteguhkan akidah.. dan akhir sekali baru bahagian penerapan syariat… Tegakkan Islam di hati dahulu, dan nescaya akan tegakklah Islam dalam negara. Kaedah bangunkan tamadun Islam:

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata“; Al-Jumu’ah:2

Jadi perancangan pun kena ikut steplah juga, Sunnah Alam… Pokok pun tak membesar terus dan bermula dari benih, manusia pun sama juga…bermula daripada bayi dan tak terus matang atau dilahirkan dengan usia 30 tahun ker.. Begitu juga dengan penciptaan alam ini, mempunyai sunnahnya dan secara berperingkat… Setiap satu yang wujud semuanya mempunyai Sunnah Alam dan mempunyai langkah-langkahnya tersendiri. Oleh itu pada peringkat ini ialah pemahaman Al-Quran dan Sunnah dahulu, maka penerapannya akan mudah diterima.

Namun itu semua ini setakat deraf awal sahaja, perlaksanaannya tak tahu ler bila pula. Mungkin capai dan mungkin tidak, nak berada pada jalan Allah SWT bukannya murah dan pasti banyak rintangannya, duit bukan segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit… Kena buat langkah kura-kura, slow-slow and banyak bersabar, berdoa dan usaha yang sedikit menjadi bekalan…

Walau apapun, tempat mungkin telah dikenalpasti, cara mendapatkan dana juga mungkin telah dikenalpasti, dan kini sedang menyediakan dokumen. Peringkat akhir mungkin nak mencari orang yang sepatutnya  menerajui dan berupaya menjadi kekuatan dan contoh (kepimpinan melalui teladan).. nie paling sukar…. kena tengok dan compare percakapan dan amalan sebenar (pepatah cakap serupa bikin), termasuklah permohonan pertolongan melalui Solat Hajat & Isthikarah. Tapi setakat deraf dan objektif utama perlembagaan adalah seperti di bawah:

FASAL 4. TUJUAN/MATLAMAT

(1) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha pembentukan budaya hidup yang mengutamakan aspek amalan intipati utama/nyata Al-Quran dan Sunnah di dalam keseluruhan aspek kehidupan.

(2) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha memurnikan budaya kehidupan melalui pembersihan nafsu, akal, hati dan roh (pembersihan rohaniah) mengikut intipati utama/nyata (ayat-ayat Muhkamaat) Al-Quran dan Sunnah.

(3) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui pembentukan budaya hidup yang memurnikan pembersihan ibadah bagi mencapai perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji dan syahadah yang benar-benar sempurna.

(4) Pusat dakwah dan penyuburan modal insan melalui usaha pembentukan budaya hidup yang mengamalkan pembersihan fizikal melalui pemeliharaan keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda mengikut Al-Quran dan Sunnah.

(5) Pusat dakwah dan penyuburan aset dan ekonomi bagi menyediakan infrastruktur yang menyokong kesemua objektif Pertubuhan.

(6) Usaha mengutamakan dan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam sebagai sumber undang-undang dan institusi kehakiman utama kepada semua ahli yang beragama Islam.

Nie baru first draft, susah juga nak align dua bidang yang tak selaras dan menjadikannya sah di sisi undang-undang. Especially zaman sekarang nie ada banyak sungguh version-version Islam, dan undang-undang Inggeris yang dianggap sebagai raja… pening dibuatnya… Jadi kenalah elakkan objektif yang terlampau luas dan hadkan kepada amalan Islam yang jelas dan utama, usaha memudahkan amalan…. Insyallah buat slow-slow… dan kalau ada sesiapa yang ada idea boleh comment dan bagi cadangan. Kalau ada rezeki, boleh start first meeting pada bulan Februari 2011 (Hari Maulidur Rasul).

10 thoughts on “First Draft”

  1. salam ed,
    kalau ikutkan artikel ni macam ed pergi ke World Conference tu..
    Saya tak dapat pergi …
    Ada link untuk video2 masa conference tu tak?

  2. kalau muslim village jd kenyataan d msia ni ana antara org terawal yg ikut… tak guna walau hidup 1000 tahun akhirnya jatuh dlm golongan 999 dari 1000 mereka yang kekal dalam neraka. usahakanlah bro ed agar muslim village akan jd kenyataan.

    1. Insyallah, dan saya juga amat berbesar hati sekiranya pada peringkat awal ini dapat menemui mereka yang mampu berpuasa tawar (puasa 40 hari dengan sekadar makan nasi putih dan air tawar semata-mata – puasa sekadar memenuhi 1 nafsu, iaitu nafsu hidup).. diharap sesiapa yang berupaya dapat menghubungi saya.. jumlah terbaik ialah 40 orang….

  3. assalamualaikum,

    pi bertapa ye tuan?

    bagus jugak pra-syarat tuh, sblm terbina nye rumah, kene make sure tiang2 nya kuat..

    tak sabar nak tunggu artikel pasal puasa tu?
    anyway, why 40?

    1. w’alaikumsalam wrh, Tiada, kalau ada bertapa pun dalam bilik kecil dalam rumah kut🙂 40 org takda apa-apa makna, tapi bab puasa tu mmglah and sekadar menguatkan diri menahan bisikan nafsu nak makan makanan yang ada rasa yang sekecil-kecilnya… sebelum test ujian yang besar, test dgn ujian yang kecil dahulu dan tengok mental boleh tahan atau tak… nnt insyaAllah saya muatkan pandangan ttg puasa.

  4. assalamualaikum…jika terjadinya muslim village d malaysia ni jgn lupa email pada saya atau hebahkannya..saya ingin turut serta..wassalam

    1. Insya’Allah… btw, ini ada video daripada projek di Sulawesi….

      alternative: The call for global Islamic Village




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s