Siapa Ulama Sejati?


“…Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama…”: Fathir: 28

.

Di bawah ini link menceritakan sifat-sifat ulama sejati, dan ulama “commercial“, “cari makan” atau “politik“. Rujukan membentangkan faktor menentukan samada mereka ini layak menyandang gelaran ulama, atau mereka “ulama ahlul bid’ah”  yang sama sekali tidak pantas diberi gelaran ulama. Samada ulama yang berjuang menentang nafsu diri, atau ulama bertuhankan nafsu dan bergelumang dengan dosa-dosa besar yang tidak diampunkan Allah swt.

Apakah kepentingannya? Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)

Kita hidup di zaman masjid tersergam indah

Kita hidup di zaman masjid tersergam indah, dan hadis merujuk kepada zaman serta ulama hari ini. Maka itu adakah anda beriman dan mengakui dakwaan Rasulullah saw bahawa ulama zaman ini sebagai sejahat-jahat makhluk di bawah naungan langit sebagai benar, atau palsu?

Pilihan ditangan anda, dan anda boleh membuat pilihan beriman dengan Rasulullah saw, atau menerima secara membuta tuli sesiapa sahaja yang mengangkat dirinya sebagai ulama, padahal jelas nyata mereka musuh yang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw apabila bergelumang segala bentuk riba pinjaman, dan berselindung dengan tafsiran yang tidak masuk akal, sama sepertimana dilakukan orang Yahudi.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275

Maka tafsirlah sesuka hati dan jadikanlah agama kalian sebagai permainan dan hiburan sehingga diambil nyawa oleh Malikil Maut. Bagaimana pula pendapat anda jika ulama politik yang bersumpah dengan selain Allah swt (semasa perlantikan), dan bagi mendaulatkan serta melaksanakan undang-undang sekuler? Mengaku undang-undang sekuler lebih tinggi daripada Al-Quran dan Hadis? Adakah ini penyekutuan kerana bersumpah (ibadah kepada selain Allah swt, cth. demi Malaikat? demi Tok Nenek? demi Negara? demi Sultan?) dan menyatakan undang-undang sekuler lebih tinggi daripada Al-Quran? Bolehkah darurat membenarkan dosa menyekutukan Allah swt?

Maksudnya: “…Dan katakanlah: “tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya…”; Al-Quran: al-Israa:111

Pandangan saya ini adalah dakwaan tidak munabah dan perjuangan tidak relevan. Malahan Rasulullah saw sendiri pernah ditawarkan menjadi Raja tetapi ditolak. Kenapa tidak diambil sahaja jawatan tersebut? Bukankah lebih mudah berdakwah dan mempengaruhi orang lain memeluk Islam (walaupun tidak bercakap dan sekadar menunjukkan akhlak baik)?

Jelas sekali cara Rasulullah saw ialah menegakkan Daulah Islam di hati sebelum menegakkan Daulah Islam di dalam negara. Cara begini barulah undang-undang Islam dapat diterima dan bertahan ratusan tahun. Sebaliknya dan walaupun mereka berjaya menawan negara, rakyat akan menolak undang-undang Islam kerana tiada iman di hati.

Namun itu ramai tetap tidak menggemarinya kerana memerlukan perubahan diri melawan nafsu, tidak menjawat jawatan, kuasa dan populariti serta harta kekayaan. Pilihan mengikut Al-Quran dan Hadis ditangan anda, dan segalanya anda tentukan sendiri tanpa paksaan. Moga-moga pembacaan di sini memberikan sedikit manfaat dan panduan bagi kita melalui fitnah akhir zaman yang mencabar:

.

Ulama

1. Ciri-Ciri Ulama

2. Siapa Para Ulama

3. Mengejar Dunia dengan Amalan Akhirat adalah Kesyirikan

4. Kisah Ulama yang Fajir dan ‘Abid yang Jahil

5. Demi Sebuah Kursi Kedudukan

6.  Menaruh Kepercayaan Pada Ulama

7.  Meminta Jabatan

8.  Keutamaan Ilmu dan Ulama

Politik

1. Memaknai Politik Syar’i

2. Partai Islam Partai Dakwah?

3. Demi Suara, Apapun Dilakukan

4. Mau Kemana Partai Islam?

5. Bolehkah Bergabung dengan Partai Politik?

6.  Cara-Cara Batil Menegakkan Daulah Islamiyah

7. Membentuk Khilafah Sesuai dengan Tuntunan Islam

8. Can Muslims Vote in Elections of the Modern Secular State?

9.  Islam and Constitutional Democracy

.

Lain-lain

Siapakah Ahlus Sunnah?

Jangan Berebut Jabatan Bertameng Al-Qur`an

.

Fikir-fikirkan…

US Official Site

Naqshbandi Muhibeen Sufi Meditation

Haqqani Foundation of Malaysia

.

Sultan of Saints? Miracle of Allah’s Miracles, Secret of Allah’s Secrets, the Builder of the Truth, Master of Saints and the Saint of the Masters…?

Naqshbandis: “…The Freemason Grand Orient Ottoman Lodge has currently camouflaged itself as Naqshbandis, pseudo-Islamic esoteric cults and are still very active…”

Apakah pendapat anda? Pendapat saya fakta ini kekurangan bukti kukuh, dan masih boleh dianggap sekadar bacaan kosong. Kini apakah fakta yang boleh dianggap kukuh atau menyokong dakwaan pertama? Bagaimanakah pendapat anda apabila difahamkan dengan fakta di bawah?

.

“…Awas ! Syeikh Selalu Memperhatikan Kalian :  Suatu Ketika Graindsyeikh Mawlana Syeikh Abdullah ad-Daghestani (q) duduk bersama Syeikh Syarafuddin ad-Daghestani (q) pada sebuah Konferensi Para Ulama. Seorang pria memasuki ruangan sambil membawa sebuah Al-Qur’an berukuran besar. Dia berjalan menuju ke arah Grandsyeikh dan berteriak “berdiri !!”, semua yang hadir khawatir dia akan berbuat sesuatu pada Grandsyeikh. Grandsyeikh berdiri dan laki-laki itu meletakkan Qur’an diatas sebuah kursi. Semua Ulama memperhatikan apa yang akan dia lakukan.

“Duduklah diatas Qur’an itu” perintahnya pada Grandsyeik,Syeikh Syarafuddin ad-Daghestani (q) hanya tertawa melihat hal itu, tetapi para ulama terlihat geram dan marah, “apa maksudmu menyuruh Grandsyeikh duduk diatas Qur’an ? Haram !! Hal itu tidak bisa dibenarkan” Namun sekali lagi pria itu berteriak “itu dibenarkan !! aku ini alim, aku paham tentang Al-Qur’an didalam hatiku dan hafal setiap ayat-ayatnya, tetapi apa yang beliau lakukan padaku kemarin, tidak bisa dilakukan oleh Al-Qur’an. Beliau mampu melakukannya karena beliau adalah Qur’an Natiq, Qur’an yang bisa berbicara!

…Beliau harus duduk diatas Al-Qur’an, karena beliau adalah Qur’an yang bisa berbicara … ” Pada saat itu seluruh Ulama berpaling dan segera mendatangi Grandsyeikh dan Syeikh Syafaruddin (q) Hati-hatilah !! Para Syeikh mengetahui, mereka mendengar, melihat dan bahkan merasakan, namun mereka tidak mengatakan apa pun. Mereka melindungi kalian, namun ketika sampai pada ambang batas, hudud dan atas izin Allah SWT, maka mereka mampu berbuat apapun untuk mengingatkan kalian. Saat itulah kalian dalam bahaya. Untuk itu jagalah cinta kalian pada Grandsyeikh Abdullah (q) Mawlana Syeikh Syarafuddin (q) (semoga Allah SWT mencurahkan berkah pada mereka) dan juga pada Mawlana Syeikh Nazim (q) didalam hati kalian…”

Huh?#!?#?@!?*?^?

Semenjak bila manusia boleh menjadi Al-Quran? Jika beliau Al-Quran, adakah kita dikehendaki beriman dengannya memandangkan salah satu rukun iman adalah beriman kepada Al-Quran?

Adakah ini pernah diajar Rasulullah saw atau terdapat di dalam Al-Quran? Bagaimana boleh dikaitkan semua ini dengan Al-Quran dan Islam?  Jika tidak bagaimana jika dibaca bersama ayat di bawah?

Maksudnya: “…Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi…”…”; Al-Quran: ali-Imran:35

.

Bagaimana pula dengan Taweez dan ilmu pemahaman huruf?

 

Knowledge of Letters , Fawatih Letters of Muqatta’at and Secrets of Numbers

Ibadah kubur. Lain-lain video (1) (2)

.

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Kategori : Akidah
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani

Keputusan
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

.

Inilah dia, seorang yang mengakui dirinya “Sultan” kepada wali Allah dengan tanpa mengikut Al-Quran dan Sunnah. Bagaimanakah pendapat anda apabila seorang wali mengakui dirinya wali (malahan sultan wali-wali)? Apakah maksudnya? Kemunasabahan mudah ialah jika seorang perisik (spy) mengakui kepada semua dirinya perisik, maksudnya dia bukanlah lagi seorang perisik, tetapi seorang… Anda fikirkan sendiri… (1)

.

Wallahu a‘lam bish-shawab

 

 

 

 

13 thoughts on “Siapa Ulama Sejati?”

  1. Nak tanya wali nie sebenarnya ada atau tidak? sebab dalam Al-Quran ada sebut ‘Auliya’? Kalau ada adakah mereka boleh dikenali atau tidak? Memang tak logik jugak seorang wali mengaku wali… atau pengikutnya mengenali mereka itu mempunyai ciri-ciri wali.

    1. wali ada.. tapi yang kenal mereka itu adalah wali itu sendiri… ada juga kes yang seseorang itu sendiri tidak tahu dia wali…

      Dan, yang mengaku wali tu mengarutlah, iklan murahan… wali adalah rahsia, umpamanya kalau perisik dah mengaku pd semua org dia perisik, maka sudah pasti dia bukan perisik…

  2. Siapakah Ulamak ?
    by Madrasah Nur At-Taufiq on Monday, 21 February 2011 at 23:40
    Kalau nak jawab cara ilmiah universiti panjang berjela. Sebenarnya sudah banyak pun yang ditulis. Tapi ramai yang tidak membacanya, mungkin kerana jemu, malas atau tak ada masa. Jadi, saya jawab secara ringkas berdasarkan beberapa nas Al-Quran dan Hadis dan bukan penerangan cara universiti ya.

    Mudahnya ulamak adalah jama’ (plural) kepada perkataan ‘alim. ‘Alim pula yang berilmu. Bila disebutkan ‘alim dalam kefahaman kita adalah yang berilmu agama. Kriteria nak jadi ulamak yang hakiki banyak sangat. Antaranya:

    1) Allah Ta’ala berfirman:

    إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
    “Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah Ulamak“

    Sayyidina Anas berkata:
    Sesiapa yang tidak takutkan Allah bukanlah orang alim.

    Jadi, kriteria utamanya mestilah takutkan Allah. Kalau berani lawan Allah, sertai golongan sekular yang menentang hukum Allah, walau ada PhD bertimbun pun tak dikira ulamak. Inilah yang menyebabkan istilah “Ulamak UMNO” sebenarnya tidak sah dan tidak boleh wujud.

    Begitu juga yang tidak beradab dengan para ulamak agung yang lain, maka bukanlah dia seorang yang alim. Salah satu tanda seseorang itu takut pada Allah adalah dia mencintai para kekasih Allah dan tentu sekali menjaga lidahnya dari berkata buruk kepada mereka.

    Bekas mufti sekalipun, kalau lidah biasa berkata nista pada Imam Al-Ghazali, Imam Annawawi dan lain-lain, maka bukanlah seorang alim dalam erti kata sebenarnya. Begitu juga yang berkata “Dr Haron Din ulamak kepala lutut,” walau rajin menulis blog dengan tulisan yang dipenuhi Al-Quran, Hadis dan petikan kitab, maka bukanlah dia seorang yang wajar dijadikan rujukan mahupun digelar seorang alim.

    2) Dalam sebuah hadis yang sahih:

    وإنما العلم بالتعلم
    Dan ilmu itu (didapati) dengan ta’allum (dipelajari dari guru).

    Hadis ini sebenarnya sambungan kepada hadis yang popular berkenaan sesiapa yang Allah hendakkan baginya kebaikan, Allah akan memahamkannya dalam agama.

    Jadi syarat nak jadi ‘alim mesti belajar. Tempohnya? Tentu sekali panjang dengan ilmu yang begitu banyak hendak dipelajari. Bukan hanya membaca buku sendiri. Bukan juga dengan melihat di laman-laman web sahaja. Bukan juga dengan pandai berkata-kata atau menulis. Tetapi mestilah dengan dipelajari secara tersusun dengan tertib dan adabnya, dari guru yang belajar pula dengan gurunya hinggalah kepada Penghulu semua guru-guru, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

    Hari ini ramai yang hendak boleh bercakap dan menulis ilmu agama. Malah dikatakan “ada 10 juta mufti di Malaysia”. Masing-masing hendak mengeluarkan fatwa. Malangnya, tidak pernah pula belajar. Malah tidak menghormati pula golongan ulamak yang sebenar. Merasakan diri sudah alim hanya semata-mata dengan pembacaan di sana sini.

    3) Hadis sahih yang lain pula:

    إن العلماء ورثة الأنبياء
    Sesungguhnya ‘ulamak adalah waris para nabi

    Apa yang mereka warisi? Tentu sekali ilmu. Apa yang patut ada pada mereka? Menyambung perjuangan, dakwah dan kepimpinan para Nabi. Mereka yang berpeluk tubuh sahaja bukanlah para ulamak. Waris Nabi yang sebenar tentulah menyedari tanggungjawab ilmu yang mereka warisi dari para Nabi. Tanggungjawab yang tersangat berat.
    Malah inilah yang disebutkan dalam hadis yang lain bahawa apabila ilmu itu diangkat oleh Allah dengan mematikan para ‘ulamak, maka manusia akan mengangkat orang yang jahil sebagai pemimpin, sesat lagi menyesatkan. Bermakna selagi ‘ulamak hidup, mereka perlu memimpin masyarakat, menyelamatkan masyarakat dari kesesatan, selayaknya tugas sebagai waris para nabi.

    Hari ini ada yang mengatakan ulamak sepatutnya jauh dari politik dan permasalahan negara. Ulamak perlu berceramah dari masjid ke masjid sahaja. Ulamak tulislah kitab (dan blog?). Ulamak duduklah di atas sajadah mendoakan kebahagian ummah. Urusan kepimpinan serahkan sahaja kepada yang lain. Jangan diganggu. Sangat berbahaya pemikiran begini.

    Nantikanlah kiamat bila semua manusia berfikiran begini, kerana “matilah” ulamak yang sebenar.

    Hari ini juga di kalangan mereka yang duduk dalam perjuangan Islam pun hendak mengubah dari “kepimpinan ulamak” kepada “kepimpinan berkebajikan”, ”kepimpinan bertaqwa” dan sebagainya. Inilah masalahnya apabila tidak menilai dengan neraca Syariat bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

    Lupakah kita, ulamak rabbani, mereka dipimpin oleh Allah. Bagai hadis qudsi yang menyebutkan perihal kekasih Allah. Penglihatan, pedengaran dan pergerakan mereka semua dipandu oleh Allah, berkat amalan mereka yang tentu jauh lebih banyak dari kita. Mana yang lebih baik, pergerakan yang dipandu oleh Allah atau yang dipandu oleh otak yang genius dan pemikiran politikus hebat?

    Catatan hujung:

    1) Banyak lagi ciri yang lain yang mungkin boleh disebutkan dari masa ke masa nanti insyaAllah

    2) Pendakwah tak semestinya ‘alim. Ibarat penjual sesuatu produk tidak semestinya arif segala perkara yang dijualnya. Pendakwah ibarat yang mempromosikan produk Islam. Tetapi yang mengerti produk itu sendiri adalah seorang ‘alim. Ada juga yang mengerti produk tapi tak reti nak promosikannya. Maka ‘ulamak yang hebat biasanya ada kedua-duanya.

    3) Gulungan ijazah bukan nilai seorang itu alim atau tidak. Tapi syarat nak jadi alim mesti belajar. Zaman kita biasanya bila belajar dapatlah gulungan ijazah. Tapi tak semua yang dapat gulungan ijazah itu benar-benar belajar. Fahamilah.

    4) Ulamak ada pelbagai peringkat. Dari sehebat seorang Mujtahid Mutlaq, hinggalah seorang mufti, sampai seorang ‘alim biasa.

    5) Hadis – Seluruh yang berada di langit dan bumi memohon keampunan bagi seorang alim. Untung kan? Siapalah kita berbanding mereka.

    Doakan kita semua boleh menjadi seperti mereka, waris sebenar para Nabi, atau sekurang-kurangnya termasuk dalam golongan yang mencintai mereka. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita dibangkitkan bersama mereka. Seronoknya kalau bangun dari kubur nanti, tengok kanan ada Imam Al-Ghazali, tengok kiri ada Imam An-Nawawi, tengok depan ada Imam Assyafie…

    Sumber : http://aljoofre.iluvislam.com/?p=191

    Biodata Penulis :

    Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari). Bekas Ketua Moderator Panel Agama Iluvislam.Com. Kini merupakan Ahli Lembaga Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

    Diambil dari penulisan oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

    mnat/msar/Feb 2011

  3. Assalamu’alaikum

    Sukarnya nak mengenalpasti ulama sejati di akhir zaman ini. Kadang-kadang kita rasa ilmu yang disampaikan seseorang ulama itu tidak salah, tapi kemudian didapati ulama tersebut dikatakan Wahabi (atau macam-macam istilah/gelaran lain lagi..). Misalnya, Allahyarham Syeikh Al Utsaimin disebabkan penulisannya dalam buku karangan beliau. Fitnah atau salah faham?. Orangnya yang salah atau pengikut?. Adakah terbatal segala ilmu yang disampaikan mereka sebelum ni?.Siapa yang boleh jawab?. Susahkan?. Kekeliruan umat akhir zaman..moga Allah S.W.T luruskan jalannya…

    Wallahu’alam

    1. w’salam…

      Allah swt itu memperkenalkan diriNya kepada kita dalam bentuk segala kejadian alam ini, baik, buruk, hina, dsbnya (faktor luaran)… agar kita berupaya menemui jalan yang lurus… jalan yang sebenarnya, dan bukan jalan “label”….

      Oleh itu faktor luaran itu bukanlah penyelesaiannya, kerana kadang kala jalan yang kita sangka jauh itu sebenarnya betul-betul di hadapan kita… Jadi, penentu utama ialah faktor dalaman kita sendiri, dan kita cuma perlu menekan nafsu dan terkeluar daripada golongan “….Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali…..” (2:18). Itu janji Allah SWT. Segalanya akan dipermudahkan melampaui jangkauan kita.

  4. Assalamu’alaikum.

    Ini antara ajaran lain tarikat Nashqabandi (sufi) yang agak popular di kalangan anak muda di Malaysia ni. Ini termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama lulusan azhar (tidak semua). Petikan ini saya ambil dari web sheikh nazim.

    When a person takes Bayyat from Moulana the Spiritual Power of Moulana Sheikh Nazim is always with that person immaterial of how far away in distance he is from the physical presence of Moulana. Moulana will be with him through every moment until that person reaches the grave. Until the Day of Judgement Moulana will be with that person. Even until he reaches in front of Allah Almighty will Moulana be with him. WHEN ALLAH ALMIGHTY QUESTIONS THIS PERSON, MOULANA SHALL ANSWER ALL THESE QUESTIONS INSTEAD OF HIM. In this time it is not possible to find this kind of Auliya who are the like of Moulana Sheikh Nazim.

    Seorang Nabi (Khidr) cium tangan Sheikh???
    Sheik Adnan relates that once when he was in Mecca making Tawaf with Moulana Sheikh Nazim a person with a long beard came up to Moulana Sheikh Nazim, kissed his hand and continued to do Tawaf with Moulana. Moulana Sheikh Nazim then told those who were present with him on that occasion that this person was Khidr (alai)
    and that he had come SPECIALLY TO KISS MOULANA’S HAND and to perform Tawaf with him.

    Kadang-kala saya tidak faham kenapa perkara semacam ini boleh menjadi sukar untuk difahami.

    Wassalam

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,

      “…Moulana Sheikh Nazim then told those who were present with him on that occasion that this person was Khidr (alai)…”?

      Mengapa Nabi Khidr a.s. tidak pula mencium tangan Nabi Musa a.s. dalam cerita Al-Quran? Syeikh dan Nabi mana lebih tinggi darjatnya? Satu-satunya nabi yang dapat berbicara dengan Allah SWT secara terus di atas muka bumi?🙂

      Maka itu beginilah keadaannya apabila hidup di zaman Islam menjadi terpencil/terasing…. masing-masing tidak mengetahui bagaimana hendak beriman

      Akhirnya? Terjebak mengikut amalan Yahudi dan Kristian yang hari ini turut sama mengejar “power”, “karamah” dan “magik” sehingga sanggup mentaati sami Buddha yang dahulunya mereka dakwa sebagai tidak bertamaddun….

      “…Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya…” (Surah Az Zumar : 3-4)

      Oleh itu ikhlaskan diri kepada Allah SWT dan berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah kerana apabila Dajjal tiba, maka tentu lebih hebat ujian keimanan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s