Pil Islam v. Pil Syaitan


Persoalan: Kenapakah musuh Allah kelihatan begitu berjaya melaksanakan strategi menguasai dunia? Kenapa pejuang Islam tidak berupaya berbuat perkara sama, sebaliknya pemimpin Islam kita menyebelahi mereka?

Kita selama ini sekadar memahami penyembahan “tuhan” selain Allah ialah penyembahan berhala. Oleh itu, apakah maksud tuhan? Apakah maksud kalimah tauhid “Tiada tuhan melainkan Allah”? Allah swt telah memberi definisi tuhan seperti di bawah:

Maksudnya: “…Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?…” al-Quranal-Jaatiyah:23

Maksudnya: Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? al-Quranal-Furqan:43

Allah swt mendeifinisikan tuhan sebagai nafsu, dan daripada nafsu lahirlah agama-agama Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan segala kemungkaran dsbnya. Nafsu punca segalanya, dan semuanya lahir demi memenuhi nafsu mereka kepada kuasa, pangkat dan kesenangan dunia.

Penyekutuan dan berhala sebenar adalah nafsu, iaitu diri kita sendiri (rujuk penerangan Surah al-Kahfi:32-46). Oleh itu, hanya berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah (menggigit dengan gigi gaham, dan konsep “Kami dengar, kami patuh“) serta mengawal nafsu mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah maka manusia akan terlepas. Ini sesuatu yang sangat sukar dicapai tetapi itulah hakikat kehidupan.

Sebaliknya, mekanisma nafsu adalah strategi utama digunakan syaitan. Bagi puak Knigths Templar, Freemason atau Illuminati (serta golongannya), mereka diberikan kekayaan, pangkat dan kuasa. Ini motivasi diri dan menyeronokkan nafsu mereka dan semua lapisan masyarakat. Pada masa sama segala harta, jiwa dan seluruh kehidupan serta keturunan mereka dicagarkan kepada syaitan, secara nyata mahupun secara tidak disedari.

Mereka kehilangan kekayaan, pangkat dan segalanya apabila melanggar protokol, dan mungkin dibunuh. Ini juga strategi bagi memastikan keturunan mereka meneruskan perancangan syaitan. Oleh itu mereka bersungguh-sungguh melaksanakan perancangan syaitan, dan tidak mendedahkan rahsia.

Namun itu kita tidak perlu bersedih, kerana kekalahan itu boleh menjadi kemenangan bagi orang beriman. Kemenangan dan kekalahan adalah ujian kepada kedua-dua pihak. Ujian kemenangan dan kekayaan boleh menyesatkan seseorang itu supaya ia terus sesat dan tiada harapan untuk pulang lagi. Sebaliknya ujian kekalahan dan kemiskinan boleh menguat iman dan melemahkan nafsu.

Apa sahaja yang terjadi tetap menjadi ujian. Oleh itu kenapa kita perlu bersedih sekiranya apa-apa situasi sama sekali tidak menentukan kemenangan atau kekalahan? Kesimpulannya ialah situasi adalah tidak relevan. Buktinya melalui keterangan Allah swt seperti di bawah:

Maksudnya: “…maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah)…”; al-Quran: al-Fajr:15-17

Maksudnya: “…Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);…”; al-Quran: al-Balad:4

Oleh itu tiada bezanya orang yang kaya atau miskin, masing-masing tetap sentiasa dalam kesulitan dan kesukaran. Kemenangan sebenar ialah ukuran terhadap sejauh mana kita mengamalkan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan kita. Apabila iman dan keyakinan terhadap Allah swt bertambah maka kita akan diberi kekuatan lain dan sangat luar biasa serta tidak pernah anda fikirkan, itu janji Allah dan cubalah sendiri untuk mengetahui rahsianya.

Pernah kita terfikir bagaimana satu orang beriman berupaya menentang ratusan musuh yang sangat ramai? Bagaimana gentarnya musuh melihat mereka? Bagaimana pula hidayah yang tidak bergantung kepada sejauh mana pun ilmu dipelajari tetapi hanya diperolehi melalui keimanan dan beramal soleh? Itulah kunci segala rahsia bagi kekuatan Islam. Beriman dan Beramal!! Ketika mana mereka mendapat ganjaran kuasa, pangkat dan kesenangan dunia, anda juga mendapat ganjaran tersendiri yang lebih hebat dan tidak boleh dibeli walaupun seluruh alam ini sebagai tukarannya.

Oleh itu tidak perlu rasa putus asa dan kita sebenarnya tidak rugi apa-apa serta sangat beruntung apabila diuji oleh Allah swt. Dengan ujian dan kesukaran hidup maka kita diberi peluang beribadah setiap masa kepada Allah Taala, bagi mereka yang mengetahui. Pada masa sama kita akan menjadi lebih kuat dan tidak kehilangan manfaat daripada kehidupan di dunia.

Sebaliknya mereka yang tidak beriman dan menyembah “berhala nafsu” akan dijangkiti penyakit cinta dunia dan tersangat takut kepada hamba-hamba syaitan, takut kemiskinan walaupun kekayaan melimpah ruah (miskin dihati), takut dihina dan mengejar kemuliaan di sisi manusia, dan tidak faham ilmu sebenar walau sebanyak mana mereka belajar. Segala ilmu dipelajari, termasuk ulama yang mendalami Al-Quran & Hadis, akan hanya mendatangkan kehancuran kepada agama dan umat serta bala kepada diri dan keluarganya.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka; dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka. Mereka itu – orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)“…”; al-Quran: Fussilat:44

Oleh itu kita perlu kuatkan semangat menghadapi ujian Allah swt. Kaya atau miskin, menang atau kalah adalah tidak relevan. Ini kerana kita tidak tidak berjuang dengan mereka, tetapi berjuang menentang nafsu sendiri. Musuh kita ialah nafsu diri yang telah lama kita kenali, dan bukan seorang tidak diketahui. Kuatkan diri dan mereka berada dijalan Allah swt hakikatnya mencapai kemenangan besar dan hakiki:

Maksudnya: “…Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padalah kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman…”; al-Quran: ali-Imran:139

Wallahu a‘lam bish-shawab.

One thought on “Pil Islam v. Pil Syaitan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s