Bentuk Keperluan & Pekerjaan


Keperluan di Jalan Allah

“..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..”; al-Baqarah:265

Ini memberi maksud harta yang seadanya itu perlulah dibelanjakan untuk mencari keredaan Allah di samping memperteguhkan kedudukan diri. Kita perlu merancang pendapatan yang sedikit itu untuk menunaikan keperluan-keperluan diri dengan membahagi-bahagikan keperluan-keperluan itu kepada kategori di bawah:

i. Wajib – Keperluan sangat perlu (makanan, pakaian, dan tempat tinggal – sekadar memenuhi)
ii. Sunat – Keperluan sangat perlu tetapi masih boleh ditangguhkan
iii. Harus – Keperluan yang ada atau tiada tidak memberi apa-apa makna (keperluan pelengkap)
iv. Makruh – Keperluan yang lebih baik tidak ada, atau membeli barangan branded walaupun ada yang murah
v. Haram – Keperluan yang kalau dimiliki akan menyusahkan dan membazir, membeli kenderaan dalam suasana tidak mengizinkan, atau membeli melalui pinjaman riba.

Kesemua di atas boleh kemudiannya ditimbangtara dengan kemampuan pendapatan berserta prinsip tidak sehingga boros dan juga tidak sehingga kedekut. Cthnya 1/3 perbelanjaan, 1/3 simpanan dan 1/3 kepada orang tua, kerabat, sedekah dsbnya.  Kaedah lain ialah membahagikan perbelanjaan seperti di bawah:

i. Addhouruuriyaat – Keperluan asas yang semestinya dipenuhi

Ini tentunya seperti makanan, minimum, pakaian dan tempat tinggal yang dalam ertikata lain, tanpa semuanya itu, kita tidak boleh hidup. Bagi memenuhi keperluan ini, ianya mestilah mengikut keutamaan perbelanjaan, petunjuk agama dan suasana semasa serta setempat perlu diambilkira. Ini bermaksud apabila makan dan minum, ia mestilah diambil sekadar memenuhi keperluan diri, bukan untuk terlalui kenyang sehingga mendatangkan penyakit atau membazir.

ii. Haajiyaat – Keperluan yang berupa hajat semasa

Kategori ini adalah perbelanjaan sampingan tetapi amat perlu seperti rawatan kesihatan, membeli kenderaan untuk memudahkan pergi dan balik kerja.

iii. Tasiiniyaat/Kamaaliyaat – Keperluan yang menyempurnakan atau pelengkap

Kategori ini ialah pelengkap, iaitu segala yang menyempurnakan kehidupan harian seperti makanan tambahan, perabut, hiasa rumah dan sebagainya.

Pekerjaan di Jalan Allah

i. Wajib – Pekerjaan mencukupi menampung keperluan diri dan keluarga serta membayar hutang (sekadar mencukupi)
ii. Harus – Pekerjaan tambahan bagi memperelokkan dan kebaikan diri (tidak berlebihan)
iii. Sunat – Pekerjaan berlebihan kerana membantu fakir atau melakukan kebaikan kepada masyarakat
iv. Makruh – Pekerjaan bertujuan menghimpun harta kerana bermegah, berlumba banyak harta, berseronok dan bersombong
v. Haram – Pekerjaan yang mengarah kepada perkara dilarang agama, haram dan memudaratkan

Wallahu a‘lam bish-shawab.

Rujukan Tambahan

Mengejar Dunia dengan Amalan Akhirat adalah Kesyirikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s